Selasa, Mei 15, 2012

Prinsip

Hampir 24 jam setelah media mula menyiarkan berita mogok lapar tahanan Palestin dalam penjara Israel, kita melihat euforia membuak di ruang maya. Dek tekanan antarabangsa yang berterusan, tuntutan para tahanan terpaksa dipenuhi oleh regim Zionis.

Ironinya di Malaysia, berita mogok lapar tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting seolah tak bersambut. Langsung tak terdengar suara simpati. Tumpuan kita lebih terarah untuk membebaskan Quds daripada mendepani kezaliman di tanah air sendiri.

Bukan lah mahu meremehkan kesedaran rakyat terbanyak, tapi hal seperti ini cukup menyedihkan. Kepedulian dibatasi oleh sentimen agama -- perseteruan langka yang entah bila akan berakhir; bukan iltizam memartabat karamah insan dengan kebebasan.

Prinsip kita seharusnya jelas dan muga ada dhamir yang tersisa.

Tiada ulasan: