Rabu, Jun 20, 2012

La Adri

Kita bukan Hujjatul Islam al-Ghazali, yang pada zaman gemilangnya, dikhabarkan menguasai kesemua cabang ilmu yang ada. Kini, kebolehan itu hampir mustahil.

Dalam zaman ini, belum lagi terdengar ada sosok dengan gelar polymath -- keluasan ilmunya mencapah dan merentas bidang. Kalau pun ada, ia hanya self-proclaimed.

Keterbatasan ini tak terelak. Dan barangkali, kerana itu juga, kebijaksanaan adalah bila kita mengulang kata Imam Malik, la adri; saya tak tahu, saya tak mengerti.


Tiada ulasan: