Memang, perlawanan tak hanya bermula dengan soal kuat/lemah sebuah ketumbukan atau dalam/tohor sebuah strategi. Mungkin, ia berawal daripada sudut-pandang sendiri.
Sekurang-kurangnya, saya berkesimpulan bahawa itu lah cara fikir "wanita lacur" yang dikisahkan Ahmad Boestamam tatkala dipenjara dalam memoirnya, Lambaian Dari Puncak.
Kelompok itu, pelacur pemuas nafsu soldadu Inggeris, beranggapan yang mereka turut berguna merisik maklumat sulit yang akhirnya disalur dan dimanfaatkan soldadu Jepun.
Kita pun harus memikir ulang; bagaimanakah kita memposisikan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan