Slavoj Zizek dalam siri kuliahnya kerap kali mengungkapkan anekdot lazim dalam kehidupan seharian sebagai contoh citra ideologi yang kadang tak terpandang dan dilupakan.
Filsuf radikal asal Slovenia ini awalnya hanya menarik perhatian kita pada hal-hal sepele yang setelah diperinci terkesan begitu menebal dengan muatan sudut-pandang culas.
Misalnya, kita membeli suatu produk keluaran negara maju yang secara jelas menggunakan tenaga buruh kanak-kanak atau tenaga buruh yang tak dibayar dengan setara.
Pada pek produk itu dilakar kata-kata membujuk; "lima peratus daripada jumlah pembelian akan disalurkan kepada program pembangunan di negara-negara miskin."
Demi membaca kenyataan itu, kita pun jadi lunak dan terpedaya dengan sistem konsumerisme yang tak adil dan memeras sumber daya manusia untuk keperluan peribadi.
Dalam kaitan itu lah saya memikirkan inisiatif boikot untuk umat yang sedang dizalimi meski tahu ia tak membawa kesan signifikan dalam sistem yang terus membelenggu.
McDonald hanya secebis daripada budaya yang telah begitu mengakar. Itu belum lagi dibahaskan perihal filem, produk kesihatan, penjagaan diri, dll yang turut berkaitan.
Barangkali, memboikot juga adalah feel good factor itu, yang dalam ketakberdayaan kita berbuat apa-apa, memberi semacam suatu rasa bahawa kita telah pun berbuat sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan