Sabtu, Mei 11, 2013
Khamis, Mei 09, 2013
Fokus
Pertempuran dalam medan politik adalah usaha penegakan prinsip. Ia bukan perjuangan untuk melebihkan ras atau agama, tapi menjunjung nilai dan maruah rakyat terbanyak.
Kerana itu apabila pemerintah dengan bantuan aparatnya merompak kemenangan dengan pelbagai penipuan, redha dan menyerah bukan pilihan. Ia harus ditentang dengan sekuat daya.
Kita tak patut menghina diri dan merelakannya diperlembu secara terang-terangan manakala wujud dakwaan serta bukti tak terbantah tentang helah untuk mengubah keputusan pemilu.
Ketika rasisme telah pun dihumban ke dalam tong sampah sejarah, fokus kita harus terpadu kepada isu pokok itu, bukan terhadap propaganda murahan oleh juak-juak regim lapuk.
Tiap daripada kita -- Melayu, Cina, India, dll -- mahukan kebenaran.
Labels:
Arus Politik,
Demokrasi,
Omongan Jiwa,
Peristiwa
Reformasi II
Rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahawa langit akan selalu menanti.
-WS Rendra, Rajawali
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahawa langit akan selalu menanti.
-WS Rendra, Rajawali
Labels:
Arus Politik,
Kata Pujangga,
Omongan Jiwa,
Peristiwa
Rabu, Mei 08, 2013
Justifikasi
Siddiq Fadzil sering saja mengocak dhamir saya dengan daya renung yang mendalam. Cerapannya melampaui justifikasi agama yang diberikan ulama' dan profesor kangkung untuk membela kezaliman.
Labels:
Agama,
Arus Politik,
Pemikiran,
Tokoh
Isnin, Mei 06, 2013
Celaru
Keputusan rasmi PRU-13 oleh SPR tadi
menyatakan bahawa Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan dengan
majoriti mudah berbekal sekitar 112 kerusi parlimen.
Saya akan kedengaran seperti sore loser,
tapi dalam sebuah proses yang celaru dan jelas tak adil, tiada sebab
untuk Pakatan Rakyat dan rakyat secara umum menyerah kalah.
Kita
dihina dengan cukup keji hari ini bermula daripada persoalan ketahanan
dakwat kekal, kemasukan pengundi hantu, pembelian undi serta pemberitaan
sendeng oleh media.
Syahdan, para konspirator dan petualang berganti sorak; et'tu Brute?
Labels:
Arus Politik,
Demokrasi,
Omongan Jiwa,
Peristiwa
Ahad, Mei 05, 2013
Reformasi
To be or not to be, that is the question.
-William Shakespeare
-William Shakespeare
Labels:
Arus Politik,
Kata Pujangga,
Pemikiran,
Peristiwa
Langgan:
Catatan (Atom)