Ahad, Januari 04, 2009

Perlukah Kita Memboikot?

Setelah beberapa hari Palestin diganyang tanpa henti, umat Islam secara keseluruhannya masih gagal bertindak balas dengan cara yang benar-benar berkesan.

Kalaupun ada yang boleh dilihat berjaya, tentunya ia adalah perpaduan umat Islam dalam tunjuk rasa membantah keras tindakan zalim rejim Zionis.

Dan hal ini membuatkan saya tertarik dengan pertanyaan yang dilontarkan oleh seorang teman; perlukah kita memboikot secara menyeluruh semua produk Israel dan sekutunya?

Tentunya di sana ada pandangan pro dan kontra. Tentu juga ada persetujuan dan perbezaan. Kesannya nanti pasti pelbagai. Saya juga memikirkan hal yang sama. Anda pula bagaimana?

Maka ruang ini saya buka. Mari berpendapat!

33 ulasan:

Amira Abdul Halim Draven Singorjo berkata...

boikot je la. ape jd masalah, malaysia pun dah cukup keperluan semua

Tanpa Nama berkata...

jawapan yang anda ingin miliki ada dalam buku Mengapa Salahkan Musuh? Maaf zahir batin... :)

Pondokkami Enterprise berkata...

Assalamua'laikum.

Saya terjumpa satu link sebelum ni.
http://www.inminds.com/boycott-fatwas.html

Pada saya, kita perlu memboikot. Tp tak bermakna semua barangan.

Contohnya jika kita gunakan telefon Nokia, dah beli pon, takkan nak buang dan beli yang baru.

Boikot barangan yang kita boleh cari alternatif lain. Lgpon skarg ni banyak barangan2 dan produk-produk syarikat tempatan sendiri. Barat selalu mengadakan perang ekonomi dengan negara lain.

Boikot ni cuma salah satu usaha kecil yang kita boleh lakukan. Jadi, kenapa tidak.

Nurul Aizam Zaini berkata...

salam anak muda,
terima kasih sbb undang sy utk beri komentar disini.
dlm isu ini sy x mahu jd komplikated dan terlalu analytical.
jelas saudara kita dihujani bom tanpa henti, tnpa mengira wanita, org tua, kanak2.
jelas ini bukan suatu yg boleh ditolak ansur lg.
sy menyokong penuh fatwa jihad di sana.
kita disini juga punya peranan utk berjihad tp jihad kecil
DOA, dan BOIKOT brg ISRAEL!!!
itu yg kita mampu sumbang dari lihat tdk berbuat apa2 sy kira ini lebih baik!

sekian pendirian sy.. tdk ada pro dlm isu ini.. jgn biar lg darah saudara sy mengalir disana...

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum~

Pd pandangan saya, boikot itu perlu.
Boikot itu suatu usaha.
Isu palestin adalah isu umat Islam.
Kita sbg umat Islam perlu berUSAHA m'bantu saudara kita.
Apa lagi yang mampu kita buat?
Mampukah kita ke Palestin & berjihad bsama mereka?

Mmg lah kalo kita boikot, effect nya x besar pd Israel/Yahudi sekarang.
Tp insyaAllah jika ramai yg peduli, lama kelamaan akan ada effectnya.
Dan Allah melihat usaha kita.
Hasilnya, kembalikanlah pada Allah.

Tp, cthnya jika skrg saudara sdg m'gunakn hp nokia.
Takkan nak jual & beli hp baru.
Pasti ianya suatu pbaziran kn?
Membazir itu amalan syaitan.
Jd, boikotlah seadanya.

Lgpun, jika kita bokiot brgn mereka, kita boleh mcari alternatif brgn org Muslim.
Siapa lg yg nk support brgn org Islam sndiri kalau bkn kita?

Boikot itu suatu mujahadah.
Bayangkan selama ini kita sgt suka mkn brgn Maggie @ Nestle, tiba-tiba hr ni nk kena boikot.
Pasti sukar kan?
Usahalah perlahan2.
Pasti ada manfaatnya juga utk kita.

Wallahu'alam.

p/s: maaf, pnjg la pulak~ :D selamat study. semoga cemerlang dlm peperiksaan! :)

Tanpa Nama berkata...

Anak Muda,

Saya percaya apabila mahu berbicara mengenai isu ini dari sudut ekonomi, penerangan yang lebih terperinci wajar diberikan. supaya penghakiman yang lebih adil dapat dilakukan.

Justeru, komen saya tentang isu ini akan dipublish di http://zyedz.com. InsyaAllah, sebelum malam menjelang :)

A berkata...

salam keamanan wahai Anak Muda,

1. isu kekejaman puak esktremis Yahudi atau lebih dikenali Zionis ini bukanlah sesuatu yg baru

2. Sudah puluhan tahun semenjak tahun 1930-an lg Palestin sudah bermandi darah

3. Pelbagai cara yg kita boleh lakukan dlm mendepani isu ini.Sy katakan YA utk memboikot barangan ISRAEL secara menyeluruh krn ini bukanlah satu keberlangsungan yg mudah bg setiap individu dan memerlukan masa dan azam yg tinggi kerana kita dikelilingi oleh produk2 mereka. Memboikot bukanlah usaha sehari-dua tetapi berazam selama-lamanya. Melainkan kita sudah tidak ada alternatif lain.

4. Hebahan maklumat dan situasi sebenar keadaan semasa di Palestin perlu dirancakkan. Ramai lg org kampung di sana termasuklah mak ayah kita masih tidak sedar akan isu ini. Smpkan kpd mereka juga mengenai usaha memboikot ini.

5. Setuju dgn Nurul, berperanan utk jihad kecil. Kita tidak mampu utk 'turun padang' ke sana. Kita fokuskan pembanggunan sahsiah masyarakat di samping membangun kekuatan tamadun Islam di bumi Malaysia ini.

6. Secara umumnya, kerajaan Malaysia perlu mengambil satu inisiatif terancang utk mengalih perhatian 60% ekonominya yg masih bertumpu kpd hasil import-export dgn Amerika Syarikat.

7. Terima kasih krn menjemput sy utk turut sama memberi komentar di sini. Maafkan sy jika sy tidak dpt memberi spt apa yg diharapkan.

8. Sudah lama sy menangguh utk respon kpd isu palestin terkini kerana desakan kerja yg melampau.

Salam kejauhan dr Kota Raya yg Menyesakkan.

A berkata...

salam keamanan wahai Anak Muda,

1. isu kekejaman puak esktremis Yahudi atau lebih dikenali Zionis ini bukanlah sesuatu yg baru

2. Sudah puluhan tahun semenjak tahun 1930-an lg Palestin sudah bermandi darah

3. Pelbagai cara yg kita boleh lakukan dlm mendepani isu ini.Sy katakan YA utk memboikot barangan ISRAEL secara menyeluruh krn ini bukanlah satu keberlangsungan yg mudah bg setiap individu dan memerlukan masa dan azam yg tinggi kerana kita dikelilingi oleh produk2 mereka. Memboikot bukanlah usaha sehari-dua tetapi berazam selama-lamanya. Melainkan kita sudah tidak ada alternatif lain.

4. Hebahan maklumat dan situasi sebenar keadaan semasa di Palestin perlu dirancakkan. Ramai lg org kampung di sana termasuklah mak ayah kita masih tidak sedar akan isu ini. Smpkan kpd mereka juga mengenai usaha memboikot ini.

5. Setuju dgn Nurul, berperanan utk jihad kecil. Kita tidak mampu utk 'turun padang' ke sana. Kita fokuskan pembanggunan sahsiah masyarakat di samping membangun kekuatan tamadun Islam di bumi Malaysia ini.

6. Secara umumnya, kerajaan Malaysia perlu mengambil satu inisiatif terancang utk mengalih perhatian 60% ekonominya yg masih bertumpu kpd hasil import-export dgn Amerika Syarikat.

7. Terima kasih krn menjemput sy utk turut sama memberi komentar di sini. Maafkan sy jika sy tidak dpt memberi spt apa yg diharapkan.

8. Sudah lama sy menangguh utk respon kpd isu palestin terkini kerana desakan kerja yg melampau.

Salam kejauhan dr Kota Raya yg Menyesakkan.

Tanpa Nama berkata...

dr alkandahlawi-[mls nk sign in:P]

mafhum sbda Rasulullah :

Brgsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam yg lain,maka dia bukan termasuk dr golongannya

so..

bab boikot ni,kes yang tk jauh beza dgn apa yg kita dgr dlu,boikot barangan belanda dsbagainya.

so,balik kepada asas tindakan tersebut,"setiap amalan bermula dgn niat" malah Allah melihat kpd niat.

tindakan memboikot brgn israel+amerika mmg sgt berpatutan,sebanyak yg boleh!ada yang kita tk mampu memboikot,sbb sometime ada bend ayg kita perlu guna.tp kebanyakannya kita mampu boikot.Ini adalah salah satu usaha kita,sbb kita tk dpt turun sekali di barisan hdpn para mujahidin Hammas dan hizbullah.

apa slhnya memboikot?sekurg2nya ada tindakan dr kita.Mungkin kesannya tk dirasai skrg,tp Allah nak tgk sejauh mana kita nak menyumbang kpd kemnenangan Islam.Dalam hadis dh ada bgtau,bangsa israel tkkan berhenti berperang dgn Islam,buatlah cmna pun.perang ke,boikot ke,bom ke ape ke.suma tkkan bg kesan kpd israel.sbb depa ni bangsa yang DEGIL+ mendpt LAKNAT dr Allah.

tapi yg penting,SUMBANGAN kita.boikot adalah salah satu usaha murni yg kita mampu lakukan,dan lakukanlah dan marahkanlah kepada yahudi zionis KERANA ALLAH.PASTI asa GANJARAN drNya.

sekian

al-kandahlawi
http://khallys.blogspot.com
teratak CyberCafe,damansara

Tanpa Nama berkata...

"نحن معكم يا اخواننا في فلسطين"

Tanpa Nama berkata...

Boik0t itu perlu sbg slh 1 langkah untuk kita sama-sama berjuang demi saudara-saudara kita di sana.

Selebihnya, usahakan untuk menyampaikan info2 tentang kekejaman Israel kepada semua lapisan masyarakat hatta ahli keluarga sekali pun agar mereka semua mahu AMBIL PEDULI.

~saya yakin, jika di tanya pada anak jiran sebelah tentang perkembangan Palestin yg terkini, pasti dr 10, mungkin 5 boleh menjawab jika bernasib baik. Jika tidak, 1 pun susah nak jumpa...

Wallahu'alam..

Selamat Berjuang 4 ur finale xm Anak Muda! :)

Unknown berkata...

do about it.

perhatian sape gune barang2 keluaran israel,tolong buang segera.

contoh : pakai hp NOKIA, sile buang dlm tong sampah, pijak pijak dulu.

sekian.

Jeffy berkata...

Terkini

* Jet-jet pejuang Israel awal pagi ini menyerang Masjid Ibrahim Al-Maqadna, Gaza, mengorbankan 13 orang termasuk dua kanak-kanak ketika lebih 200 jemaah sedang solat. Lebih 60 cedera dalam serangan itu.

* Beberapa serangan lain dilakukan di sekolah, lapangan terbang dan pelabuhan mengakibatkan empat terbunuh termasuk dua komander Hamas.






Mengapa tidak kita memboikot?
Jangan terus menyumbang kpada peluru-peluru musuh islam itu! Boikot barangan Israel dan sekutunya..

Hanif Amir berkata...

Teman-teman,

Usaha untuk memboikot tentunya merupakan usaha dan senjata yang sangat baik dalam keadaan genting serta mendesak seperti hari ini.

Namun begitu, kita tidak boleh terlepas pandang pada perkara-perkara mahupun produk Israel dan sekutunya untuk diboikot.

Ia tidak hanya meliputi rangkaian makanan segera KFC, McDonald dan Pizza Hut, tetapi juga produk-produk penting teknologi dalam era globalisasi. Malah jika diteliti, semua produk berkait Israel dan sekutunya itu dengan mudah boleh kita temukan di setiap penjuru rumah masing-masing.

Dan kini timbul persoalan, tanpa produk-produk tersebut, mungkin kita akan "lumpuh". Adakah pengorbanan(boikot) seperti itu (yang mungkin akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan) menguntungkan kita atau memanfaatkan mereka?

Tanpa Nama berkata...

http://ikhwantoday.com/video/penuh.php?recordID=32 --> video 1

http://ikhwantoday.com/video/penuh.php?recordID=31 --> video 2

Tanpa Nama berkata...

Okay Hanif,

sila baca entry di zyedz.com tanpa segan silu.

dan sila tinggalkn komen, juga tanpa segan silu.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Tak mahu fikir susah2..
siapa sayang saudara nya disana boikot!!
siapa tak sayang saudara nya disana guna!!

sekian ;)

Zakiah Zazli berkata...

askum..maap terslh tafsir masa awk buzz akak td..sbb rmi sgt da duk kutuk kitaorg psal tu sensitip yg amat da..haih~ssh nak pertahankn..
terima kasih ye menjemput akak untuk beri komen(^^)

emm..akak bg ulasan secara simple ye..xmo bg ayat2 sbb pnjg nak taip bahasa arab lagik..so simple je akak simpulkn dari semua yg akak belaja..

1. boikot
2. tidak boikot
3. sesetgah je boikot

1. boikot sbb da melampaui batas,rujuklah pada setiap ayat perang didlm quran (xmo taip dicini..penat)..ade mgatakn "jika nampak je org kafir maka bunuhlah.."..tu terbahagi kpd 3 penerangan..dan slh satu penerangannya boleh diimplement diwaktu skrg nih..iaitu boikot barangan kafir laknatullah..dgn memboikot maka ekonomi mereka akan jatuh merudum..hmm,skrg ni da smpi 23 billion USD da rugi coz muslim sedunia da start boikot..nak tau pnjg lagik,tny guna YM..

2. tidak boikot ni boleh digunakan bila keadaan besa je..xde gado2..xde tindas2..

3. sesetgah je boikot..ni ade lah kerana ade barangan yg org islam xboeh nak buat tp perlukan..pada zaman nabi (SAW)..de kes ni yg mana sahabat nabi mkn food ni dari org kafir,org kafir je yg masak bende ni pd masa tu.de rasa brslh..n tny nabi (SAW)..nabi bersabda yg xape,sbb mknn tu secara sekali imbas adalah halal
dan boleh dimkn..tp masa tu pon ade perang..

wallahualam bisawwab~

Zul Fazlizan bin Saidin berkata...

terpulang kpd individu,atas niat masing2..yg penting kita pakat2 tentang yahudi laknatullah...

atifgazali@gmail.com berkata...

Assalamualaikum..
dalam boikot memboikot ni.
sebenarnya masa ini wajib untuk kita sebagai umat Islam boikot barangan Amerika dan Israel.
untuk yang lebih jelas tentag boikot ni.
buka laman ni.

~ http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=133

Tanpa Nama berkata...

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

Pada pandangan saya, memboikot barangan Amerika dan Israel adalah kewajiban semua umat Islam. Tiada seorang muslim pun yg terlepas daripada mempertahankan saudara2 islam di palestin sana. Saya bersetuju dgn pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi seperti mana yg dinyatakan di atas.
Kalau difikirkan kembali, apa sangatlah yg nk dibandingkan dgn hanya memboikot makanan, dengan saudara2 kita di gaza yg setiap saatnya tidak terlepas daripada ancaman dek bedilan Israel laknatullah?
Ulasan saya bukan tertumpu pada artikel saudara semata, namun menyeru dan mengingatkan sesiapa sahaja yg punya kemanusiaan di hatinya.

salam.

Mohd Hilmi Ramli berkata...

Salam sdr,

Selain boikot, berdoa kpd Allah Ta'ala juga perlu.

mohamad berkata...

salam..pd sy usaha m'boikot bknlah satu perkara yg mudah..tp merujuk pd situasi pembantaian secara agresif oleh zionis ke atas Gaza..seharusnya kte m'boikot...dn sy bersepndpt dgn pndngn yg diberikn oleh zakiah zazli...

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua,

Saya ada soalan di sini. Sekiranya esok, saudara dan saudari terbaca di akhbar bahawa Thailand telah menyerang Combodia, adakah anda akan 'memboikot' produk Thailand, misalnya Beras Siam yang amat popular sebagai makanan ruji masyarakat Malaysia, menunjukkan bantahan terhadap peperangan tersebut?

1. Jawapan tentunya TIDAK. Sebab, tidak melibatkan negara Islam. Di dunia ini, hanya ada 2 negara dunia ketiga yang asyik gatal buntut, dan seringkali ingin masuk campur dalam urusan2 politik negara2 lain, terutama sekali apabila melibatkan konflik di antara negara Islam dengan negara Bukan Islam. Tidak perlu memerah otak untuk mengetahui bhw negara2 yng dimaksudkan adalah M'sia and Ind'sia. Arab Saudi dan negara2 Timur Tengah yng lain pun tidak masuk campur dalam peperangan Israel- Palestine, adakah itu bermaksud orang Arab tidak mengamalkan Islam betul? Sekiranya Israel hantar walaupun 10% daripada askarnya ke rantau ini, dengan mudahnya M'sia akan dijadikan Roti Canai dan Ind'sia dijadikan ayam penyet.

Kesimpulanya, anda tidak perlu menggemakan seruan org2 seperti Tun Mahatahi(yng berkawan dgn Diktator2 terkenal dgn kezaliman, tamsilnya Robert Mugabe) dan pemimpin2 Bee-Yen tidak bertanggungjawab, yng mmg sudah terkenal sebagai pembenci Israel tetapi pada hakikatnya mereka sendiri dibenci ramai, termasuk golongan2 dari luar negara dan rakyat M'sia sendiri. Sekiranya anda adalah golongan yang berprihatin, anda sepatutnya salurkan sifat 'keprihatinan' tersebut ke negara sendiri dimana politiknya semakin karat dan rosak.

2. Kalau,YA, jawapan anda terhadap soalan saya, maka saya ucapkan syabas kepada saudara/saudari, kerana bukan sahaja membantah peperangan dari aspek agama, tetapi secara umumnya. Mungkin juga jawapan,YA, itu tidak ikhlas. Kenapa pemimpin2 dan rakyat M'sia berdiam diri apabila Rusia menyerang Georgia? Artikel2 dan rasa prihatin seumpama ini tidak pernah muncul masa itu. Sebaliknya k'jaan M'sia memaparkan persetujuan dengan peperangan tersebut dengan menyumbang dari segi kewangan menerusi pembelian kapal terbang pejuang Sukhoi buatan Rusia yang mancapai berbillion Ringgit M'sia. Tidak ada kemusykilan bahawa wang tersebut akan masuk ke dalam akaun Ketenteraan Rusia, seterusnya menjadikan Rusia lebih berharta dan kuat dari segi tenteranya sehinggakan boleh menumpaskan negara2 lain dengan mudahnya.

Jadi sekiranya anda ingin 'memboikot' barangan yang disyaki membantu Israel dari segi kewangan ketenteraanya, jangan jadi HIPOKRIT, lebih baik boikot barangan2 lain juga yang boleh dikenalpasti mempunyai unsur2 atau usul2 negatif. Akhirnya, anda akan sedar bahawa hampir semua produk di pasaran akan 'diboikot', jadi apa anda nak makan setiap hari? Daun Keladi? Ini menunjukkan perbuatan boikot-memboikot ini adalah besifat kebudakan.

Sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

salam..
sesengguhnye kita tak mampu unt memboikot kesemua product yg menyokong israel.pada pandangan saya usaha itu penting.
1. kuasa kawalan pembelanjaan di tangan kita-kita masih mampu mengurangkan pembelian barang2 yang menyumbang kepada israel dan sekutunya..klu dah jelas duit kite tu kelak disalurkan kearah yg tak patut-membunuh,merampas kebebasan,memusnahkan tanah air saudara2 kita..mengapa harus kita terus 'memberi sumbangan' kpd israel?
2.kita tidak mampu totally boycott,tapi kita mampu kurangkan peruntukan 'sumbangan kewangan' terhadap israel. oleh itu belilah barangan buatan malaysia.kita ada mee segera,kicap,sos,dll..kebergantungan kita terhadap product sekutu israel boleh dikurangkan.kalau kita tak makan McD,KFC,PizzaHut,kita takkan mati kebuluran pun.lagipun radix cooperation telah mngorak langkah dgn membuka RFC(radix fried chicken)radix adalah salah satu product muslim yg terdapat dinegara kita.kalau dilihat dari sudut lain,kita digalakkan unt belajar memasak makanan kegemaran kita =) (resepi..mana2 pun boleh dapat)
3. sy setuju dgn pendapat nurul-boycott merupakan jihad kecik dari kita saudara seislam yg kerdil
4. 'ilmu klu xdimanfaatkan umpama pohon yg rendang namun tidak berbuah'-kita telah didedahkan dengan pengetahuan ttg products yg membantu pendapatan israel,klu kita tak aplikasikan,ape gunanye pengetahuan tu? kelak sesudah mati,kita akan ditanya ape yg kite buat dgn ilmu yg kite ada..tepuk dada tanyalah iman.
5.trm kasih kpd anak muda menjemput sy unt memberi pendapat disini.

Tanpa Nama berkata...

Aku baca komen2 yang tercetak di muka ini, aku pun tergelak besar. Yang nak di'boikot' ni, makanan je ke, barangan AS lain? Ni kedengaran macam jihad kecil MAKANAN.

Sedar ke tidak wahai para pembaca, sekiranya anda teruskan dengan perbuatan ni, yang boleh disamakan mengetuk kepala pada dinding, anda tidak akan menghancurkan Israel sebaliknya, negara kesayangan sendiri. Syarikat2 milik AS, ataupun yang berkait rapat dengan negara Barat itu, banyak sekali berurus niaga di Malaysia dan telah barabad lamanya mengenggam ekonomi negara dan membantu menstabilkanya. Bayangkan bahana yng akan ditimpa M'sia sekiranya semua investor2 AS meninggalkan Malaysia kerana marah dengan sikap rakyatnya. Kalau M'sia sudah hancur, apakah lagi maksud Islam di rantau ini? Selepas Malaysia dilanda Tsunami, AS la yang menjadi penderma terbesar negara ini, dan peliknya, OIC(Organisation of islamic Countries) merupakan penderma terkecil(kurang dari 1 juta dolar AS), walaupun M'sia bergiat aktif dalam Pertubuhan ini.

Pada ketika ini, hanya satu Kakak Tua shj yang asyik berbising dan menggalakkan 'boikot' produk AS. Kakak Tua tersebut yng sudah lapuk, namanya dah disebutkan dlm komen saya sebelum ini. Misi Kakak Tua tu, hanyalah untuk menimbulkan lebih banyak masalah kepada rejim kuku besi pimpinan Bee-Yen, kalau tak percaya, kenapa PM, DPM dan tokoh2 lain tidak bersuara ttg 'boikot' ni? Kakak Tua itu bukan pemimpin lagi, dah rosak lagi tu, sebab tu boleh cakap sesuka hati tanpa berfikir.

Adakah anda ingin mengikut jejak langkah Kakak Tua tersebut? Fikirkan.

Hanif Amir berkata...

Temenggung,

Persoalan-persoalan yang anda timbulkan sangat menarik dan ia juga sebenarnya merupakan persoalan fundamental yang perlu kita berikan perhatian.

Namun begitu, saya melihat boikot sebagai suatu tindakan berkesan untuk memberi tekanan dalam keadaan yang lebih praktikal daripada hanya duduk mengeluarkan resolusi di akhir sidang untuk mengutuk rejim zalim Zionis.

Kesannya pada ekonomi memang perlu diteliti kembali. Kerana itu, kita tidak boleh leka dengan hal-hal substance. Saya kira formnya sudah jelas. Dan kini hanya tinggal penggemblengan tenaga semua pihak bermula daripada sekecil-kecil hati nurani umat sehinggalah kepada kerajaan yang memerintah untuk mewujudkan substance kepada perkara-perkara yang mungkin berbangkit cthnya penyediaan pekerjaan bagi mengelakkan pengangguran, penerokaan sumber ekonomi dan dagangan baru, alternatif terhadap barang keperluan, makanan dsb.

Ia bukan persoalan mudah. Tapi usaha ke arah itu perlu segera dimulakan. Usaha kita nanti, walau sekecil manapun ia dinilai di mata manusia, harus menjadi pendorong agar kita menjadi mulia di mata Tuhan. Matlamat akhirnya penting, namun ia tidak seharusnya melupakan kita dengan hakikat bahawa usaha yang kita lakukan adalah lebih penting dalam keadaan umat Islam yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa billa melihat sudara seagama dijamah rakus Zionis gila!

aini mardhiyah berkata...

bukan mudah kan kita nak nyahkan sesuatu yang telah mendarah daging dalam diri.

- Nescafe yang dijadikan minuman wajib tatkala mentela'ah untuk peperiksaan/ujian yang datang menjengah.

- KFC/McD yang mudah diperoleh secara 'delivery' tatkala kedai makan tutup di hujung minggu.

- Barangan Disney yang comel2.

- Nokia yang menjadi alat berhubung dengan yang jauh.

- Sos maggi yang mesti ada tiap kali makan.

(sekadar menyentuh keadaan yang berlaku di sekeliling saya)

Boikot bukan agenda utama. Tapi pokoknya bantuan apa yang kita boleh hulurkan tatkala seorang demi seorang saudara kita syahid dibedil dengan kejamnya di sana..

Mampu turun berjihad di sana? Beli tiket flight terus pergi sana..

Hulurkan dan bermujahadah dalam mampu..

Allah lihat usaha bukan pada hasil.

Berusahalah individu-individu untuk menjadi SATU.

Tanpa Nama berkata...

Saudari di atas telah memberikan list yang tepat(makanan), tetapi saya pun ada list tersendiri, barangan2 dan sykt2 AS yang 'sesuai' untuk 'diboikot'.

- Pam Penggerudi minyak buatan AS milik Petr'nas (bilakah penasihat Petr'nas, Tun Mahatahi ingin pulangkan pam tersebut?)

- Kapal2 terbang komersial buatan Boeing, AS milik MAS.

- Kapal2 terbang pejuang buatan AS milik TUDM serta kapal2 perang dan kapal selam buatan AS dan Perancis milik TLDM.

- Microsoft Corporation M'sia. Mari kita halau mereka!

- Cip Intel dalam komputer2 di Malaysia.

- Terdapat barangan2 lain utk diboikot, list ni boleh berterusan sampai tak terhingga.

Mari kita tunggu dan lihat samada kumpulan2 Pro-Islam di M'sia dan T. Mahatahi sanggup memberi tekanan kepada pihak2 di atas untuk berpisah dengan barangan buatan AS masing2 serta memaksa penutupan operasi sykt2 AS di atas.(Boleh tunggu sampai mati pon perkara2 di atas tidak akan berlaku, sebab semuanya, hipokrit, hanyalah untuk memenangi hati rakyat KT menjelang pilihanraya nanti!)

Ps: kak Aini, Nokia buatan Finland ya....bukan AS/ Israel..harap maklum...

aini mardhiyah berkata...

->temenggung:

terima kasih atas teguran. Sekadar menyebut beberapa barangan keluaran barat.

Benar.. list itu akan berterusan tak terhingga.

Lihat pada media. Berita memaparkan penderitaan saudara di gaza, tetapi iklan terus-terusan mempromosikan barangan AS.

Di mana kesungguhan?

Bangkitlah kamu wahai golongan yang sedar.

Tanpa Nama berkata...

Bila anak Palestine meletupkan diri dlm bom berani mati di tanah Israel, semua bertepuk tangan. Sekarang anak Palestine dibedil ratusan bom Israel, semua buat bising. Skrg saya pulak yang tanya, di manakah kesungguhan dan konsistensi?
Elakkan diri anda daripada terpedaya dengan mdahnya, mainan politik bangsat2 kat atas tu.

Ya, mmg peperangan adalah sesuatu yang keji, tetapi kerja 'memboikot' ni dah melampaui batas kenaifan dan kebodohan.

We are all in a race, its a game of the survival of the fittest. Malaysians such as yourself should wake up and smell the coffee.

Tanpa Nama berkata...

izinkan sy berkongsi cetusan pemikiran yg ingin disampaikan oleh seorg kanak2 yg pd sy 'istimewa'..ia hanya ilustrasi orang lidi yg asyik dgn pertanyaan ttg setiap apa yg ada/berlaku dihadapannya.
1-di meja mkn,(nnt mesti temenggung cakap-'makan lg'.ini ialah ilustrasi seorang kanak2 istimewa)pertanyaan yg mengajak unt sy berfikir. "knp kite makan mee ni? knp kite tak makan mee yg lain? knp kite tak makan bihun je?mak, mak masak mee ni,mak pakai minyak tak?mak pakai minyak cap ape mak? kenapa mak xpakai minyak lain..adik tgk kat kedai tu byk minyak..knp mak tak beli yg lain? tp kan mak,mcm mana org boleh buat mee ni?dan mcm mn org buat minyak ye mak..?
2-"mak,adik dah tak larat nk habiskan mee ni.." mak,"sikit je lagi tu,tak baik menbazir.membazir tu perangai syaitan.adik nk berkawan dgn syaitan ke?adik nak berenang dgn syaitan kat neraka nanti ye?"
3- di bilik abgnya..."abg knp abg pakai minyak rambut ni?sbb dy boleh bg rambut abg terpacak ye?abg knp abg tak pakai jenama lain? adik tgk kat supermarket tu de byk jemana lain.."
4- di ruang legar rumah bersama dgn ayahnya yg memiliki misai di wajahnya.."ayh,ayh tgk tv ye ayh? ayh tgk tv ape ayh? ayh,ayh..mcm mana org buat tv ni ayah? ape yg ada dlm tv ni ayah?sampai kite boleh tgk gambar kat dalam dia.."
5- "hai kakak,kakak buat ape?kakak cantik cantik ni nk pergi mana? kakak pakai ape yg wangi2 ni?knp kakak pakai minyak wangi ni,adik ikut mak pergi supermarket tu,adik tgk ade byk minyak wangi..semua minyak wangi tu datang dari mana kak?"
6-di dalam kereta.."ayah,mcm mn kereta kite ni bergerak,ayah?" ayah-"kreta ni pakai minyak,dik." "minyak..?ayah,ayah kalau tak de minyak,kereta kite tak bergerak la ye ayah?"

terdetik dihati ini skali lagi..
-item yg kita gunakan sehari-harian..emmm..dari mana datangnya,kalau tak ade bagaimana kehidupan kita? adakah kite menpunyai altenatif lain?

-terlalu byk produk sekutu zionis yg kita gunakan (layari http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html).tp kita tak sedar..klu berhenti membeli secara total-mgkn merencatkan kehidupan. namun demikian,namun adakah kita mempunyai altenatif lain?

-apa sangat usaha diri kita dan sumbangan dari kita sebagai seorang individu muslim?

sewajarnya kita bermuhasabah diri ttg apa usaha dalam isu ini..dan pernahkah kite terfikir apakah pembalasan allah terhadap setiap tindakan kita..
kanak2 ini benar2 mengembalikan ingatan saya terhadap ape yg pernah diajar ttg malaikat munkar dan mangkir sewaktu skolah rendah dahulu.setiap tindakan kita akan dipersaoalkan..
astaqfirullahhalazim..jahilnya diri ini.
"ya allah ampunilah kami atas kejahilan kami..entah apa sumbangan dari padaku unt agamakMu ini..ya allah guide us.."

Tanpa Nama berkata...

have a sit and have meditation for a while..
just go deep inside your heart,try to search the level of humanity in you..then you will know what should you do n don't...