Kebebasan hampir mati. Persoalan hak dan keadilan yang seharusnya tercermin melalui nilai itu terlalu sukar untuk kembali dihidupkan seandainya penafian menjadi landasan untuk manusia menyatakan kebenaran dalam pengertian songsang yang mereka fahami.
Atas dasar itu, tindakan pihak berwajib membungkam kebertanggungjawaban rakyat terhadap tanah air lewat kekangan untuk bersuara dan menunjukkan sikap jelas menzalimi keupayaan untuk berubah dari kejahilan.
Persoalan persepsi juga tidak ditanggapi dengan baik. Hal ini tidak mungkin wujud seandainya pemerintah tidak menunjukkan kebebalan melalui dualisme pegangan. Awalnya mahukan perubahan. Selanjutnya bersikap bacul mematikan kritikan.
Saya menanti agar tragedi pilu dalam ketamadunan rakyat Malaysia ini akan berakhir melalui referendum rakyat dalam tiga pilihanraya kecil yang terdekat. Kita harus membina dan bukan meruntuh meski berada dalam lingkungan pengaruh.
Jadikan kekuatan massa ini sebagai upaya untuk menyedarkan lena panjang kelompok pemerintah. Biar kita berani menunjukkan sikap untuk menyatakan bahawa laungan dan slogan perubahan harus diiringi kekuatan tindakan.
Dalam samar, jalan kedamaian tetap harus ditempuh kerana cahaya hanya akan terlihat setelah segala mehnah ini kita atasi dengan hikmah. Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai bakal mengiakan lagak dan tingkah rakyat sebagai negarawan.
Selasa, Mac 31, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
yaa..kebebsan bersuara adalah hak asasi setiap insan..menutup mulut rakyat terutama anak muda adalah langkah ke belakang dalam mana2 masyarakat..
Tiada bantahan untuk itu!
Catat Ulasan