Seperti dijangka, soalan peperiksaan awal pagi tadi sedikit sukar dalam pengertian seorang mahasiswa yang malas belajar. Aduhai.
----------------------------------------------------------------------------------
Setelah beberapa kali menyelak helaian buku dan nota berkaitan dengan peperiksaan yang akan diduduki, saya harus mengakui bahawa ia sedikit merunsingkan. Bacaan berkali-berkali masih tidak sepenuhnya merungkai rasa keliru.
Namun begitu, saya masih menagih janji kitaran alam - pengulangan berterusan atas sesuatu hal mampu membuatkan ia terpasak utuh dalam ruang minda. Atas keyakinan itu, saya akan meneruskan sesi telaah ini.
Kita harus teguh. Pendirian harus bermula daripada sikap. Andai kita percaya pengakhiran yang kita mahukan berjaya dicapai, mengapa tidak usaha ke arahnya kita teruskan meski tidak melihat hasil dalam waktu yang singkat.
Saya ingin mengucap selamat buat teman-teman yang akan bersama-sama di dewan peperiksaan kelak. Pertarungan dalam kedingingan pendingin hawa diharap mampu mengenyahkan peluh jantan yang bakal terbebas dari jiwa!
Rabu, April 01, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
BERUSAHALAH!! :)
Moga selamat semuanya~
Kejayaan di dunia tidak menjamin kejayaan di alam abadi. Maka, harus bijaksana planning masa agar semuanya adil & saksama..
InsyaAllah beroleh kejayaan! ;)
Terima kasih atas ingatan dan semangat!
Catat Ulasan