Jumaat, Ogos 27, 2010
Pram
Sayang sekali, Bung Pram telah pergi sebelum sempat pemikirannya diteladani. Andai sebaliknya, saya ingin sekali bertemunya dan belajar menjadi pemberani!
Labels:
Omongan Jiwa,
Tokoh
Khamis, Ogos 26, 2010
Mimpi
Saya hampir melupakan Sang Pemimpi. Kalau lah tidak dikhabarkan teman lewat statusnya di Facebook, sekuel filem Laskar Pelangi ini tentu tidak saya tonton. Dan hidup, tanpa sempat terbuai dalam filem seindahnya, pastinya membosankan!
Melalui filem terbaru arahan Riri Reza ini, Ikal kembali mengimbau masa lampau. Ia dikisahkan sebermula watak utamanya mendapat teman baru, Arai, setelah kehilangan Lintang. Filem ini mengambil latar tatkala mereka bersekolah di SMA.
Seperti juga Laskar Pelangi, ia disulam dengan tawa dan syahdu yang mengesankan, setidak-tidaknya buat saya. Mimpi yang ditancapkan sang guru, kreativiti dan usaha yang terjelma, dan nilai persahabatan yang dimiliki cukup mencuit.
Entah mengapa, mimpi mereka selalu saja terlihat indah, apatah lagi apabila setiap impian jadi nyata. Dan mimpi-mimpi itu lah yang menggerakkan mereka sehingga akhirnya berjaya menjejak altar keilmuan ulung di Sorbonne, Perancis.
Filem ini berakhir ringkas. Pedomannya; berani lah bermimpi!

Selasa, Ogos 17, 2010
Lahir
17 Agustus tidak hanya penting buat Indonesia. Pada tarikh yang sama sekitar dua dekad yang lalu, saya dilahirkan ibu. Ketakjuban yang tercipta demi sebuah kelahiran tentunya mengujakan. Kelam dini 17 Agustus dua dekad yang lalu itu pasti akan terus diingati, tidak hanya sebagai detik proklamasi kemerdekaan sebuah nusa, juga sebagai suatu momen penting kehidupan seorang manusia.
Melankoli ini dibeban dengan penghormatan buat teman-teman dan keluarga. Sebagaimana ia terzahir, saya gagal menampung lompong-lompong kosong untuk mengucapkan penghargaan kepada kalian seluruhnya. Biar saja hati terus mengemban rasa terima kasih atas ucap selamat sempena ulang tahun kelahiran dan untaian du'a yang kalian titipkan. Moga-moga ia dibalas Tuhan dengan wajar tentunya.
Dan catatan ini harus saya lengkapkan dengan sebuah melodi tulus;
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran.
Terima kasih, Tuhan!

Omongan Jiwa
Langgan:
Catatan (Atom)