Jumaat, Jun 29, 2012

Umm

Di Mesir, rakyatnya kini sedang bergosip tentang Umm Ahmed, isteri-nya Mursi. Ia, wanita dari sebuah bandar kecil yang tak terpandang, dilihat tak berupaya menampung imej first lady.

Ada suara yang sengaja merendah-rendah dan memomokkannya konon kolot dalam persalinan tradisi dan santun seorang muslimah. Malah, turut lancang mengambil posisi sosial dilazimi barat.

Ini tentunya sindrom minda tertawan. Kita gagal melihat kekuatan sendiri. Lalu, sering saja merasa kerdil pabila dilihat tak setara. Pertimbangannya, apa kata orang lain. Maka, kita menyerah.

Malang, yang ditandai oleh revolusi hanya negara, bukan rakyatnya.

Tiada ulasan: