Kebangkitan Arab; manakala pemerintah
tercari-cari justifikasi agama untuk mewajarkan tindakan rakus menekan
umat, maka muncul lah kalangan ulama su' yang tanpa rasa tanggungjawab mengeluarkan hukum dan pandangan yang gagal mendakap realiti.
Begitu lah shariah diinjak dan diseleweng demi tembolok regim. Dek godaan duniawi, mereka meminggirkan keutamaan atau maqasid agama iaitu untuk memelihara kebebasan dan kemuliaan insan. Dalam latar itu lah lahirnya Thaurah Sha'ab oleh Yusuf al-Qardhawi.
Saya
hampir terlongo membacanya. Malah, saya teruja dengan sanggahan keras
terhadap sikap dan tindakan mereka yang melacurkan agama sendiri. Islam
harus tertegak dengan kebenaran, dan ini harus dilakukan dengan
menghormati hak tiap penganutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan