Kita orang Kelantan ni walaupun miskin, tapi tidak(bukan) peminta sedekah!
-Tengku Razaleigh Hamzah
Jumaat, Januari 29, 2010
Khamis, Januari 28, 2010
Minyak 2
One evening Tun Razak called me and asked me to form a body to manage this oil for the benefit of the people.
-Tengku Razaleigh Hamzah
-Tengku Razaleigh Hamzah
Labels:
Arus Politik,
Demokrasi,
Peristiwa,
Tokoh
Minyak 1
I stand here representing only myself. I am here upon principle.
-Tengku Razaleigh Hamzah
-Tengku Razaleigh Hamzah
Labels:
Arus Politik,
Demokrasi,
Peristiwa,
Tokoh
Allah
Sebetulnya, sehingga ke hari ini, saya masih belum menekuni kesemua hujah dan syarah seputar kontroversi penggunaan kalimah Allah. Sementara ia belum berjaya saya sudahkan, tentunya tidak adil untuk mengeluarkan pandangan mengenainya.
Menghormati kesarjanaan ulama dan ilmuan yang membahas isu ini, saya fikir kita juga harus sama-sama mencerahkan pemikiran dan sudut pandang yang kabur. Di satu sisi, mereka membolehkan sebelum ditentang oleh pandangan dari sisi yang lain.
Persoalan teologi yang berbangkit tidak hanya memerlukan ketelitian untuk dirungkai. Timbang-tara dalam aspek budaya dan realiti juga harus diambil-kira sewajarnya. Atas dasar itu, saya gembira melihat wacana yang membiak dan subur di sekitarnya.
Akhirnya, ia mengajar kita untuk matang. Kita tidak boleh selama-lamanya hidup dikelilingi sentimen dengan hujah yang longlai. Faham agama harus kuat dengan hujah dan nampaknya memang ia sedang diperkukuh dan dimaknakan sebaiknya.
Fajar baru buat Malaysia terlihat cerah, sungguh!

Babi
Babi adalah suatu kata dengan konotasi yang buruk. Bagi umat Melayu beragama Islam, ia sering difahami dengan erti jijik dan kotor. Disebabkan itu, seboleh mungkin, kata babi cuba dielakkan dalam pengucapan seharian.
Babi juga boleh dimaknakan sebagai suatu carutan. Dalam keadaan tertentu, ia akan dituturkan dengan nada marah bermaksud untuk menghina dan merendahkan sesuatu, baik peribadi mahupun subjek yang cuba dimaksudkan.
Meskipun diketahui dengan meluas, masih ada pihak dungu yang sengaja mahu namanya dikaitkan dengan babi. Walau siapapun mereka, tindakan menghumban kepala babi ke perkarangan masjid bukanlah hal yang boleh dibanggakan.
Apapun, sang pelaku kepada tindakan ini telah memberi sumbangan yang signifikan kepada perbendaharaan kata. Kini, kata babi juga boleh diistilahkan sebagai kesempitan fikiran, seperti yang terzahir dalam tindakan mereka.
Nah, ini bukti bahawa ilmu boleh kita temukan di mana saja. Daripada kebodohan manusia sampailah ke kejijikan binatang, tandanya ada di mana-mana. Akhirnya kita harus bertanya pada diri. Akal aku letakkan di kepala atau kaki?
Maaf kalau berkasar.

Omongan Jiwa,
Peristiwa
Jumaat, Januari 22, 2010
Atuk
Petang tadi, emak mengirim khabar yang mencemaskan. Lewat pesanan ringkasnya itu, saya faham, atuk makin uzur. Meniti usia tuanya, kesihatan atuk merosot mendadak ditandai dengan pelbagai penyakit. Daya tahannya melemah dan tidak sekuat dulu.
Tatkala menemankan atuk dalam wad beberapa minggu yang lalu, keadaannya memang begitu. Pada waktu-waktu tertentu, ia boleh saja kelihatan sungguh ceria dan bertenaga sebelum tiba-tiba berubah tak berdaya pada ketika lainnya. Ia berulang lagi.
Namun atuk cukup tabah. Sementara menanggung kesakitan yang pelbagai, dengan emosi yang tentunya turun naik, ia terus bersabar tatkala disuguhkan dengan sebeban ubat-ubatan sebagai bekal setiap hari. Itulah rutinnya, yang tak pernah selesai.
Dari jauh, saya hanya mampu mengirim doa mengiringi saat getir yang terpaksa dilaluinya. Semoga dalam proses itu atuk akan kekal sabar dengan ujian yang menimpa. Dan semoga dosa-dosanya juga luruh dan gugur diampunkan sang Pencipta.
Tuhan, permudahkan atuk dalam segala urusan. Aku mohon.

Omongan Jiwa
Khamis, Januari 21, 2010
Amaran
Saya punya sebab untuk resah. Semalam, dan beberapa minggu sebelumnya, saya lalui dengan sedikit boros. Cumanya, kemalasan untuk kembali meneliti resit dan jumlah belanja memberi saya ruang untuk terus bernafas. Itupun kadangkala tersekat-sekat.
Catatan ini sebenarnya cliche untuk ditulis. Mesejnya telah puluhan kali dibaca dan ditemukan dalam coretan-coretan lain. Jelasnya, ia bukan hanya duka dan lara saya, tetapi juga dikongsi sebahagian besar daripada kita dengan minat dan tabiat yang sama.
Saya harus bertegas. Ada teman yang telah mula (dengan sengaja rasanya) menulis tentang pesta buku. Faktanya, program itu berbulan lagi baru tiba. Jadi janganlah cuba mencemaskan saya untuk mencari benang bagi menjahit saku yang rabak, argh!
Jujurnya, saya telah berkira-kira untuk tidak menghadiri pesta buku yang bakal berlangsung. Bukanlah kerana sengkek (walaupun itu juga penyebabnya), tetapi pesta itu selalu menggencar iman untuk memperoleh sesuatu yang tidak sepatutnya (buku yang tak termasuk dalam senarai pembelian). Sudahlah punya belanjawan yang terhad, hal sebegitu tambah memburukkan situasi.
Justeru, catatan ini adalah amaran akhir saya buat teman-teman. Jangan ada antara kalian yang mahu mencetus permusuhan. Saya tak kepingin untuk melihat sebarang ajakan atau cerita tentang pesta buku itu nanti. Andai masih terlihat dek mata, anggap saja sang Jebat tak keberatan untuk menusuk si Taming Sari!
Ini amaran, haha!

Aktiviti,
Hebahan,
Omongan Jiwa,
Sosial
Langgan:
Catatan (Atom)