Kebebasan hampir mati. Persoalan hak dan keadilan yang seharusnya tercermin melalui nilai itu terlalu sukar untuk kembali dihidupkan seandainya penafian menjadi landasan untuk manusia menyatakan kebenaran dalam pengertian songsang yang mereka fahami.
Atas dasar itu, tindakan pihak berwajib membungkam kebertanggungjawaban rakyat terhadap tanah air lewat kekangan untuk bersuara dan menunjukkan sikap jelas menzalimi keupayaan untuk berubah dari kejahilan.
Persoalan persepsi juga tidak ditanggapi dengan baik. Hal ini tidak mungkin wujud seandainya pemerintah tidak menunjukkan kebebalan melalui dualisme pegangan. Awalnya mahukan perubahan. Selanjutnya bersikap bacul mematikan kritikan.
Saya menanti agar tragedi pilu dalam ketamadunan rakyat Malaysia ini akan berakhir melalui referendum rakyat dalam tiga pilihanraya kecil yang terdekat. Kita harus membina dan bukan meruntuh meski berada dalam lingkungan pengaruh.
Jadikan kekuatan massa ini sebagai upaya untuk menyedarkan lena panjang kelompok pemerintah. Biar kita berani menunjukkan sikap untuk menyatakan bahawa laungan dan slogan perubahan harus diiringi kekuatan tindakan.
Dalam samar, jalan kedamaian tetap harus ditempuh kerana cahaya hanya akan terlihat setelah segala mehnah ini kita atasi dengan hikmah. Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai bakal mengiakan lagak dan tingkah rakyat sebagai negarawan.
Selasa, Mac 31, 2009
Ceritera Seorang Natsir
Alam memberi hormat tatkala sosok kaku itu diturunkan ke dalam lahad. Awan yang tadinya teriak lekas berhenti sebelum kembali mencurah bumi. 7 Februari di Tanah Abang adalah tarikh sepi, matinya keunggulan cita seorang Natsir.
Ceritera hidupnya penuh ranjau. Kesengsaraan bukan suatu keadaan asing. Ia tahu apa ertinya nikmat tatkala menjamah telur hanya dua kali dalam sebulan. Menjelang hari raya, merasai rendang mungkin difantasikannya sebagai makanan syurga.
Pengalaman mengajarnya bersederhana. Mungkin itulah yang menguatkan tekadnya untuk mengisi hidup dengan kerencaman masalah dan kenikmatan. Dan tekad itu diteguhkan dalam pidato akhirnya dengan masukan kalimat khutbatul wada' baginda Rasul.
Ia tidak memanfaatkan kedudukan semata-mata untuk kuasa kerana ia tahu pengakhirannya adalah agama. Dalam jalur yang berbeza, ia cuba sekuat daya membenamkan kebatilan demi kelangsungan kebenaran walau ditekan oleh kekejaman.
Dan kerana ketokohan serta wibawa yang dimilikinya, wajar sekali jalan hidupnya itu ditelusuri kembali. Meski belanjawan makanan selama sebulan dilangsaikan oleh tiga jilid Capita Selecta, pemikiran dan aspirasi politikawan intelektual ini menggugah nurani saya.
Semuanya kerana ia seorang Natsir - tokoh hebat yang mengisi hampir keseluruhan hidupnya membangun umat. Melalui liku yang begitu jauh, ia tetap teguh menghapuskan lompong kejahilan masyarakat Indonesia melalui sikap bernegara bersendi agama.

Labels:
Tokoh
Ahad, Mac 29, 2009
Survival UMNO
Sepanjang seminggu cuti pertengahan semester, saya sempat bermalas-malasan di hadapan televisyen menonton liputan berkenaan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam. Peranan media mewajahkan parti politik orang Melayu ini dengan segala macam slogan lunak bertemakan perubahan cukup mengujakan.
Jujurnya, saya tidak pernah tertarik untuk mengikutinya jika bukan kerana diskusi-diskusi rasional para penganalisis, ahli akademik mahupun pimpinan UMNO sendiri dalam membicarakan survival parti itu. Walaupun kerap terdengar retorik memikat daripada melihat tindakan yang dibuat, topik sebegini wajar diberikan perhatian.
Kita sedia maklum bahawa rakyat tidak lagi melihat UMNO sebagai sebuah parti yang mendukung aspirasi dan kehendak mereka. Pasca kejatuhan UMNO lewat Mac tahun lalu, mereka kelihatannya masih gagal untuk belajar dan bangkit kembali. Ini diburukkan lagi dengan permasalahan rasuah yang mengakar di dalamnya.
Disebabkan itu, saya hanya mampu menahan tawa tatkala pimpinan UMNO heboh mencanangkan perubahan yang ingin mereka bawa. Apatah lagi dalam keadaan diri sendiri terpalit dengan segala macam tuduhan dan dakwaan yang hanya mampu mereka nafikan dengan senyum pahit yang mengundang segala macam spekulasi.
Saya pesimis dengan perubahan yang mampu dilaksanakan dalam parti itu. Awal-awal lagi mereka telah ditewaskan oleh persepsi negatif rakyat hasil daripada percaturan pincang mereka sendiri. Dan kerana itu, adalah mustahil untuk mereka kembali merajai hati rakyat jika mereka sendiri gagal mengubah pembawakan diri.
Apapun, UMNO kini sedang melalui tempoh transisi yang mencemaskan. Penolakan berterusan rakyat khususnya orang Melayu terhadap mereka tentu membawa dampak negatif yang sukar digambarkan. Dengan sejarah kejayaan perjuangan UMNO yang panjang berpaksikan idealisme luhur memartabatkan agama, bangsa dan negara, hanya masa akan menentukan riwayat parti itu dalam gelora politik yang sedang mencengkam.
Cumanya, dalam sayup laungan slogan perubahan yang memecah hening Dewan Merdeka itu, nampaknya mereka masih gagal meletakkan makna yang tepat pada perubahan. Kredibiliti pimpinannya adalah sangat meragukan. Apa lagi harapan yang ada jika mereka sendiri sebenarnya gagal memberi makna sebenar pada perubahan yang ingin dibawa. Pimpinan itu cerminannya. Alahai. Retorik!

Arus Politik,
Peristiwa
Rabu, Mac 18, 2009
Menghormati Bahasa
Seorang teman mengemukakan pandangan peribadinya bertitik tolak daripada kenyataan Dr. Mahathir dalam isu PPSMI. Umumnya, sudut pandang yang digunakan oleh mantan perdana menteri itu adalah logik. Hanya saja pemahaman yang keliru berkait isu bahasa dengan sanggahan ilmiah para penyelidik membuatkan pandangannya itu termansuh dengan sendiri.
Tiada siapa yang harus menolak kepentingan bahasa Inggeris. Apatah lagi dalam kegopohan warga dunia mengejar status kemajuan atas nama modenisasi, bahasa Inggeris punya peranan yang bermakna dan tidak boleh dinafikan dengan mudah. Namun kita harus kembali kepada persoalan yang lebih mendasar untuk menyinggung isu PPSMI - sejak bila bahasa Melayu menjadi sebegitu jumud sehingga ia tidak layak digunakan?
Hujah yang menjawab persoalan ini dari sisi positif bahasa Melayu adalah sangat meyakinkan. Itu belum lagi dilihat dari sudut perlembagaan yang jelas mencabuli hak bahasa Melayu. Apapun, saya ingin sekali mengemukakan fakta-fakta jelas yang mampu menyanggah pandangan teman ini tadi. Walaupun mungkin ia telah berkali-kali dibaca, fakta-fakta itu tetap akan saya paparkan di ruang ini nanti.
Mempertahankan bahasa, bukankah ia tanggungjawab kita?

Omongan Jiwa,
Peristiwa
Selasa, Mac 17, 2009
Laskar Pelangi
Khabar yang diterima mengenai penceritaan dalam versi novel Laskar Pelangi lekas membuat saya cemburu. Dengan gaya bahasa yang memikat, Andrea Hirata dilihat cuba memuntahkan realiti sekumpulan anak kecil dalam kesempitan hidup yang mereka lalui.
Tapi yang lebih penting dari itu, kita harus tahu bahawa ia hanya cerita biasa. Tiada yang boleh diistilahkan sebagai istimewa dalam pandangan manusia. Namun, ia disampaikan melalui penceritaan yang tulus dan jujur lantas membuat ia terlihat indah.
Tiada lagi keraguan. Ketulusan dan kejujuran merupakan pemula kepada harapan. Dan bait lirik lagu temanya juga menambahkan rencah. Hidup bukan semata-mata untuk kita menyerah dan pasrah - walau dunia tak seindah syurga!

Filem,
Seni,
Telaah Buku
Rabu, Mac 11, 2009
Muhammad
Entah apa yang mempengaruhi saya sehingga terlewat untuk mengutus ucapan selamat atas hari kelahiran junjungan besar Baginda Muhammad S.A.W. Jujurnya juga, saya bukanlah seorang manusia yang gemar dengan ungkapan-ungkapan penghargaan seperti ini(baca:ucapan hari lahir).
Jika tidak disebabkan oleh peringatan yang dihantar lewat jaringan-jaringan sosial yang saya sertai, hal seperti ini adalah asing untuk saya lakukan. Namun kali ini, saya tidak boleh gagal menghantar ucapan selamat dalam mengingati jerih dan keringat Nabi Muhammad dalam menyebarkan agama yang saya anuti.
Tanpanya, apalah maknanya hidup. Tanpanya juga, tiadalah pemula untuk rasa kasih dan sayang kepada agama. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atasnya dan menempatkannya di tingkat tertinggi kemuliaan syurga yang memang selayaknya untuk ia.
Allahumma solli 'ala Muhammad.

Isnin, Mac 09, 2009
Ibrah
Hendaklah kamu beramar makruf nahi mungkar. Kalau tidak, maka Allah akan menguasakan atasmu orang-orang yang paling jahat diantara kamu, kemudian orang-orang baik diantara kamu berdoa, Allah tidak mengabulkan
-HR Al-Bazaar
-HR Al-Bazaar
Labels:
Agama,
Kata Pujangga
Ahad, Mac 08, 2009
Mulanya Kalimat Zaman
Ia berpaling memulakan bicara;
"Tiada siapa perlu lakukan apa yang bukan kemahuan hatinya." Si keparat itu membentak sambil bertanya garang. "Siapa cakap tu? Siapa cakap tu?" Dadanya berombak saat ia melanjutkan kata, "tugas hamba, bawa gadis ini kepada ketua hamba, datuk tak payah lah masuk campur!", bentaknya pada Hang Tuah.
Mendahulukan hikmah, sang pendekar menambah;
"Selagi ianya di bumi Melaka, ia menjadi tugas hamba, lepaskan dia. Cinta dan restu tak boleh dipaksa." Gagal mencari helah, si keparat menjawab mudah seraya menampakkan kebodohan mengikut tanpa waras pertimbangan. " Ini perintah ketua hamba. Bagaimana kalau ini tugas Datuk Laksamana?"
Rupanya sejarah telah lebih dahulu menukilkan tragedi duka yang mengalami pengulangan pada zaman ini. Jelas sekali, segelintir kita bertindak seperti gembalaan yang hanya menurut kata tanpa periksa.
Sesungguhnya, sejarah seperti ini memadai buat kita mengambil pedoman daripadanya. Daripada runtuhan kota Melaka, tamadun baru akan terbina. Cuma, sampai bila mahu diletakkan sebagai mangsa?

Suatu Masa,
Tokoh
Tabik Untuk Rakyat
Saya melihat dengan bangga kebangkitan rakyat memperjuangkan kedaulatan bahasa dalam demonstrasi menuju Istana Negara lewat petang semalam. Walaupun berdepan ancaman pemedih mata dan pancutan water cannon, rakyat membuktikan bahawa ketinggian bahasa Melayu tidak boleh dilacur dengan mudah.
Dalam hal sebegini, kita selalu ralat kerana yang mengepalainya bukan pimpinan kerajaan yang seharusnya bertanggungjawab kepada rakyat. Malah, mereka lebih memilih untuk membatu dan bertindak dungu dengan hujah dangkal yang tidak meyakinkan. Meski dihadapkan dengan himpunan fakta, naluri mereka tetap buta.
Tiada lagi harapan yang harus kita sandarkan pada mereka. Cukuplah dengan segala pengkhianatan atas kuasa dan tanggungjawab yang mereka lakukan selama ini. Rakyat harus segera bangkit. Dan deru kebangkitan itu sudah terlihat pada wajah mahasiswa, sasterawan, politikus, cendiakawan sehinggalah kepada orang awam.
Biarkan puak berkuasa itu hancur dalam kebodohan sendiri. Mereka sedang mati dalam keegoan duniawi. 7 Mac bukan hanya hari kebangkitan atas rasa cinta kepada bahasa Melayu dan kedaulatannya. Tetapi ia juga hari kematian UMNO yang diisi dengan tangisan jiwa Melayu yang sudah berakar lama.
Tabik untuk rakyat!

Demokrasi
Jumaat, Mac 06, 2009
Keranda Untuk Bahasa
Ucap Awang Goneng, kata punya irama. Malah, jika benar-benar dihayati, melaluinya akan terhidu bau. Dan itulah kekuatan kata yang memungkinkannya mencoret kembali ingatan lampau dalam bukunya Growing Up In Trengganu.
Kita semakin menghampiri tarikh getir perjuangan memartabatkan bahasa. Tentunya kita tidak mahu lagi mengusung keranda dan membiarkan bahasa dikebumikan oleh manusia yang khianat pada kuasa.
7 Mac nanti, apa yang diungkap oleh Awang Goneng akan teruji. Kata punya irama. Kata punya bau. Dan telinga akan meneliti dengan cermat bersama hidung yang akan menghidu bauan kuat. Entah apa nasibnya bahasa.
Jangan bunuh bahasa ibunda!

Rabu, Mac 04, 2009
Atas Nama Kebenaran
Wilayah asing pemikiran harus diteroka. Jarang, malah mulanya saya juga janggal untuk merenungnya dengan mendalam. Bimbang andai fungsi otak terjejas apabila dihadapkan dengan pergumulan permasalahan mendasar yang memerlukan hujahan bernas dan jitu.
Namun begitu, Islam ini agama ilmu. Tentunya ia bukan agama yang diturunkan tanpa rangka yang kukuh dan punya ketahanan menghadapi ancaman dan serangan yang pelbagai. Tinggal lagi, warisan ilmu itu hanya perlu digali bagi mencari inti yang pasti.
Semuanya harus kembali kepada pandangan hidup Islam yang benar dan jujur. Tanpanya, apa saja isu berbangkit akan dihadapi dengan tindakan tempang dan tidak menggambarkan wajah sebenar kesucian agama. Malang andai ia berlaku.
Isu terbaru berkait penggunaan nama Allah kelihatannya tidak boleh dihadapi dengan hujah simplistik. Andai jalur ilmu diteroka, di sana nanti akan kelihatan lapisan-lapisan tebal yang perlu diselak satu persatu. Hak, ia bukan persoalan toleransi.
Kali ini, saya mahu bersikap lunak pada kerajaan. Kebenaran, walau diungkap oleh pendokong kesesatan, tetap perlu disokong tanpa perlu kita berpaling melihat kejijikan yang telah mereka tinggalkan. Kerajaan bertindak bijak dalam menghalang nama Allah digunakan sewenang-wenangnya.
Saya mengharapkan isu ini menjadi pemula buat kita untuk meneroka lebih jauh. Agama ini punya dasar yang dalam. Meski kita melihatnya tohor, kedalaman itu tidaklah terlalu sukar untuk di sukat. Hanya saja minda harus sentiasa dibuka untuk segala kemungkinan berdasarkan ilmu yang sumbunya dinyalakan oleh keteguhan iman.

Selasa, Mac 03, 2009
Kalimat Zaman
Kalau menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar
-Hang Tuah, filem Puteri Gunung Ledang
Manusia tidak perlu malu untuk menjadi bodoh. Ada ketika tertentu, kebodohan boleh diterima sebagai kurniaan meski manusia dicipta dengan kekuatan akal serta dipandu wahyu daripada Tuhan. Jika benar-benar dirangsang, manusia sebetulnya harus pandai.
Namun begitu, sekali lagi ditegaskan, manusia tidak perlu malu untuk menjadi bodoh. Tentu ada sebab yang jelas mengapa keadaannya sebegitu andai manusia sudah berusaha sekuat daya untuk mengelakkannya. Nyata, kebodohan dalam keadaan seperti ini tidak menjelikkan.
Yang pasti, menjadi bodoh adalah lebih baik daripada membiarkan diri daripada diperbodohkan. Dengan segala macam situasi dan fakta yang terbentang, membiarkan diri diperbodohkan adalah sangat tidak munasabah.
Dan di sinilah relevannya Hang Tuah. Kalimat yang diungkapnya itu harus direnung dengan mendalam. Ia bukan kalimat biasa yang mengisi permukaan sahaja. Tetapi makna besar yang ada di sebaliknya perlu dihadam lumat.
Buat pendokong parti politik durjana yang sedang berkuasa, ayuh celikkan mata. Ingat, menjadi bodoh adalah lebih baik daripada membiarkan diri diperbodohkan. Apatah lagi jika kita rela nilai-nilai manusia diinjak rakus tanpa tentangan.

Kata Pujangga,
Tokoh
Langgan:
Catatan (Atom)