Sabtu lalu saya sempat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-28 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Bertemakan 'Buku:Lakaran Masa Depan', pesta selama seminggu ini sesak dengan orang ramai.
Lautan manusia seperti itu memang meresahkan. Apatah lagi jika ada di antaranya gagal memahami makna toleransi dan berbudi. Kemahuan berpaksikan nafsu dan kehendak diri didahulukan tanpa memikirkan orang lain di sekitarnya.
Sangkaan awal saya meleset. Fikir saya, manusia yang hadir ke pesta seperti ini adalah manusia terdidik. Tentu saja dengan minat membaca, nilai-nilai mulia akan lebih terserlah. Rupanya praktik tidak diselarikan dengan ilmu.
Apapun, kehadiran itu tidak mahu saya sia-siakan meski mood sedikit tergugah dek sikap segelintir pengunjung yang tidak beradab. Tatkala mundar-mandir sekitar lima jam di situ, ratusan juga tabungan berjaya dilangsaikan. Mujur saja hati lekas memujuk, "inikan pelaburan!"
Sebahagian buku-buku yang dibeli itu belum saya sentuh. Masa yang ada lebih banyak diperuntukkan untuk membaca Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas yang masih belum selesai sambil mula menyelak helaian awal Islam Dan Dasar Pemerintahan, sebuah karangan kontroversi Syeikh Ali Abdul Raziq!
Khamis, April 30, 2009
Rabu, April 29, 2009
Isnin, April 27, 2009
Khamis, April 23, 2009
Isnin, April 20, 2009
Makna
Derita bukan musuhnya cinta, derita itu sedang membuat cinta jadi lebih dewasa
-Gde Prama
-Gde Prama
Labels:
Kata Pujangga
Jumaat, April 17, 2009
Kocak Jiwa Dari Belitung
Saya teruja dengan penceritaan Laskar Pelangi versi filem yang diadaptasi daripada novel karya Andrea Hirata. Walaupun sudah beberapa kali hal yang sama saya ungkapkan di ruang ini, ia seperti tidak akan pernah selesai.
Ceritanya terasa jujur dan benar-benar menyentuh. Filem arahan Riri Riza ini tidak hanya menyerlahkan sisi naif sekumpulan anak miskin yang menginginkan pendidikan. Malah ia juga menyerlahkan kebesaran jiwa yang terselindung.
Kecerdikan semulajadi watak Lintang, dilema cinta Ikal, bakat seni Mahar dan pelbagai lagi watak penting lain disokong dengan baik oleh sikap dedikasi dan pengorbanan guru-guru mereka. Pak Harfan dan Ibu Muslimah memang benar guru bangsa.
Banyak hal yang boleh kita pelajari melaluinya. Inspirasi yang dicetuskan oleh filem yang berlatarkan desa Belitong ini jelas membuktikan bahawa cita-cita harus memasakkan kita pada realiti meski dugaannya sukar dihadapi.
Ah, Laskar Pelangi. Indah sekali.

Filem,
Omongan Jiwa
Selasa, April 14, 2009
Bung Pram
Ia mendekam dalam penjara di Bukit Duri. Disebabkan tidak punya apa yang ingin dilakukan, lahirlah Keluarga Gerilya. Itulah yang mampu dilakukannya semasa berkurung selepas menyudahkan kerja paksa. Malamnya diisi dengan aktiviti menulis.
Novel yang terbit pada tahun 1950 itu terhasil dari fragmen-fragmen kehidupan sekitar revolusi nasional menentang penjajahan. Mungkin ia tidak lagi relevan dengan konteks semasa, apatah lagi mengenangkan peranan Bung Pram dalam Lekra.
Apapun, khayalan sasterawan besar Indonesia ini akan saya sambut. Generasi kini tidak boleh terus hidup dengan rasa takut. Semoga semangat yang diungkap menerusi novel ini akan bersemadi dalam diri, sama seperti Bung Pram yang kini tiada lagi.

Telaah Buku,
Tokoh
Iqra
Seorang teman di Facebook memberitahu bahawa ia hanya akan ke Pesta buku yang akan bermula hujung minggu ini untuk memerhati. Duit tarak! - begitulah ungkapnya lewat status yang terpapar di ruang sosial itu. Saya tersenyum.
Pesta buku selama seminggu bermula daripada 17 sehingga 26 April ini bukanlah suatu acara biasa yang harus dibiarkan berlalu begitu sahaja. Pesta yang dilangsungkan saban tahun ini sebenarnya menjadi penanda aras budaya ilmu di Malaysia.
Maka, saya wajib menghadirinya. Penyertaan dalam acara dan agenda yang sebegitu besar harus dilihat dengan serius. Apatah lagi dalam keadaan masyarakat khususnya mahasiswa yang mandom dan tidak segar lantaran hilangnya budaya membaca.
Itulah yang membuatkan saya sedikit ralat. Kemudahan yang sudah tersedia tidak dimanfaatkan sebaiknya. Di universiti, perpustakaan jarang berpenghuni. Buku-buku yang ada tidak langsung terusik. Kalaupun ada hanya pada musim peperiksaan.
Lewat malam semalam juga saya mendapat khabar menggembirakan. Beberapa buah buku yang dipesan melalui seorang teman yang bercuti di Jakarta sudah diperolehinya. Saya akan cuba mencari masa untuk mula mentelaah usai kepulangannya nanti.
Apa tunggu lagi? Jom membaca!

Aktiviti,
Omongan Jiwa,
Telaah Buku
Jumaat, April 10, 2009
Catatan Buat Politikawan
Kabinet baru yang diterajui Najib Razak seperti yang diumumkannya semalam mungkin adalah yang terbaik bagi sesetengah orang. Namun, saya telah berulang kali menyatakan bahawa sebilangan mereka juga punya latar yang diragui keabsahannya.
Pun begitu, besar harapan saya sebagai rakyat untuk melihat politik Malaysia diwajahkan dengan indah bertitik tolak daripada kematangan para politikawan berpencak di arena kuasa. Semuanya harus dilakukan demi agama dan tanah air tercinta.
Politik bukan suatu perlakuan yang bebas nilai. Ia harus diikat dengan nilai-nilai murni tidak kira samada berpaksi agama mahupun sivik bernegara. Dan hal ini penting untuk diterjemah melalui setiap gerak dan tingkah.
Mereka harus menginsafi diri atas tanggungjawab yang terbeban di pundak. Kuasa bukan alat untuk mengumpul harta. Ia juga bukan mangkuk besar yang boleh digunakan untuk menampung keperluan tembolok yang walaupun sudah penuh tetap mahu ditekan masuk.
Buat Najib Razak dan barisan kabinetnya, jangan lupa apa yang pernah diungkap mantan Presiden Republik Indonesia, Sukarno. Kata dia;
"Aku bukan budak Moscow, bukan pula budak Amerika. Aku adalah budak bagi rakyatku sendiri!"
Pesan itu saya apungkan kembali sambil mendoakan segala yang terbaik buat Malaysia yang saya cintai!

Arus Politik,
Demokrasi,
Omongan Jiwa,
Tokoh
Suara
Bukit Gantang dan Bukit Selambau akhirnya bersuara. Kekalahan kelompok pemerintah di kawasan tersebut secara jelas membuktikan penolakan rakyat terhadap mereka. Walaupun ia terus dinafikan, gegaran dari dua pasak bumi itu jelas terasa.
Ironinya, kekalahan kelompok pemerintah ini juga berlaku selepas salah sebuah parti dominannya selesai mengadakan perhimpunan agung yang menjanjikan perubahan sempurna. Meski slogan berdegar, rupanya mereka hanya mampu menyalak bukit.
Saya pesimis untuk mengatakan mereka mampu berubah. Dengan segala macam ketidaktelusan dan keraguan yang menyelubungi sebahagian pimpinannya, anjakan baru perubahan hanya akan menjadi bahan tawa majoriti rakyat. Alahai bangsaku.
Dan biarlah cerita ini saya hentikan dulu. Referendum rakyat akan mula mengambil tempat. Dengan suara terbanyak terhasil dari kepelbagaian dan kemajmukan masyrakat, kekuatan negara ini tentu dapat dipacu.
Bukit Gantang dan Bukit Selambau, di sana ada duka dan di sana juga ada tawa. Akhirnya suara yang lebih jujur dan tulus jua yang akan didengar dan diterima. Perubahan? Maknakan dulu dalam hatimu wahai insan!

Selasa, April 07, 2009
Tentang Cinta Dan Kemuliaan
Peperangan, andai bertemu kematiaan saat melaluinya, itulah kemuliaan teragung buat manusia. Demi tanah air, kepahlawanan mengusung makna besar yang tak terungkapkan. Di situ juga letaknya nilai maruah dan harga diri.
Resminya memang begitu. Sejak awal usia, anak kecil di Sparta tidak pernah tahu apa itu kasih sayang dan cinta. Pembaptisan bagi mereka adalah merah darah yang terhambur daripada luka hirisan pedang dan kesakitan dihentam senjata.
Leonidas antara anak kecil yang merasainya. Sehingga ia besar seiring peningkatan usia, mulutnya terkunci untuk mengungkap frasa muluk berbaur bahagia. Sesungguhnya, hati manusiawi dalam dirinya kabur dan hampir lenyap.
Ia beriman pada pembunuhan saat peperangan. Ia yakin benar di situ letaknya kemuliaan insan. Egonya memuncak. Meski dikurnia permaisuri rupawan dan seorang putera penyambung keturunan, Raja Sparta ini tetap keras dalam bertindak.
Namun semuanya berakhir di medan Thermopylae. Kematian jugalah yang mencetuskan kesedaran. Tatkala seorang pahlawan yang bersamanya dibunuh ketumbukan Parsi, Leonidas tersentak mendengar rintihan bapa pahlawan yang mati itu.
Ia tidak teriak atas kematiaan anaknya. Malah hatinya berbunga riang dapat bersama zuriat sendiri mempertahankan tanah air. Apatah lagi dapat bersama di sisi mempertaruhkan nyawa dan kehormatan diri. Meski akhirnya bertemu mati.
Namun ia kesal mengenangkan sesuatu. Sesuatu yang seharusnya ia lakukan sejak lama dulu, sejak sebelum anaknya yang juga merupakan pahlawan itu ditamatkan riwayat. Ia berharap benar untuk mengungkap kasih pada jasad yang telahpun kaku.
Dan mungkin kerana itu, Leonidas berwajah sayu mendongak langit. Redup yang dipayungi awan akhirnya menyaksikannya mengungkapkan lafaz asing itu. Mulutnya bergerak mengukir senyum saat mengucapkan sayang buat permaisurinya.
Akhirnya ia rebah dipanah ribuan busur yang berterbangan. Leonidas mati dalam rasa cinta yang tulus. Imannya kini runtuh. Kematian dalam perang bukan kemuliaan teragung. Kasih sayang dan cinta jauh mengatasinya.

Suatu Masa,
Tokoh
Jumaat, April 03, 2009
Memerhati Kelam Langit
... dan terciptalah suatu sejarah. Meski keraguan menghimpit, percaturan Tuhan tentu tidak layak saya persoalkan.
Terima kasih Abdullah Badawi. Dalam kelelahan dan rasa kecewa terhadap janji yang tidak tertunai, sekurang-kurangnya masih ada ruang untuk demokrasi mengambil ruang serta peranan. Itu hakikat yang tak mungkin dapat dilupakan.
Selamat buat Najib Razak. Dalam huluran semangat dan tema perubahan, akar kebebasan yang terus dicantas moga-moga akan menumbuhkan pucuk yang segar kelak. Kekuasaan itu milik Tuhan. Kesombongan tidak selayaknya menjadi pegangan.
Walau di manapun mentari, langit tetap kelam hari ini.

Seni
Khamis, April 02, 2009
Pasca Earth Hour
Entah bila mulanya, saya melihat alam dengan satu pandangan berbeza. Seingat saya, ia mungkin sekali terhasil daripada ketakjuban melihat khazanah alam di puncak Gunung Ledang sambil menghayati sendiri suara fauna yang mendiaminya.
Sejak itu, alam jarang menghampakan keinginan. Melaluinya saya mencari rasa tenang pada muka langit yang membiru, kocak air pada tenang laut serta cicip burung kala ia bebas menggapai awan. Semuanya seakan lengkap mengisi makna hidup.
Dan daripada situlah timbulnya benci apabila terlihat keserakahan manusia. Akal sihat mereka tidak diupayakan sehingga mereka gagal mengerti keperluan untuk memelihara kesucian bumi. Keprihatinan lenyap ditewaskan akak hayawani.
Bumi dilacur dengan sikap pentingkan diri. Mereka tidak melihat tindakan pembuangan sampah di tempat tidak sepatutnya hatta bungkusan gula-gula sekalipun mampu menyumbang kepada ketempangan ekosistem bumi. Nafsu meliar dalam bingung.
Semuanya sibuk menjadi rakus. Apa saja yang dilakukan tidak pernah dilihat dari sudut kesannya secara menyeluruh kerana sikap individualistik yang mendasari pemikiran - untuk kau dunia kau, dan untuk aku dunia aku -.
Sabtu lalu, dalam kempen sedunia Earth Hour, hal yang sama juga berlaku. Ramai diantara kita seolah tidak pernah tahu bahawa sumbangan melalui tindakan, walau sekecil manapun ia, tetap berupaya mencipta sesuatu.
Malang sekali, perlakuan kita masih kaku hasil ikut-ikutan tanpa fahaman. Keterlibatan mungkin semata-mata kerana terpengaruh dengan massa. Bukan hasil kesedaran bahawa bumi ini milik kita dan ia harus dijaga.
Sejam bergelap bukan tindakan picisan melainkan sebagai tindakan atas keprihatinan mendalam atas isu yang timbul. Dan jika usaha pemula seperti itupun masih dipandang sinis oleh segelintir kita, nantikan saja bumi ini musnah disebabkan manusia!

Peristiwa
Rabu, April 01, 2009
Selamat Buat Semua
Seperti dijangka, soalan peperiksaan awal pagi tadi sedikit sukar dalam pengertian seorang mahasiswa yang malas belajar. Aduhai.
----------------------------------------------------------------------------------
Setelah beberapa kali menyelak helaian buku dan nota berkaitan dengan peperiksaan yang akan diduduki, saya harus mengakui bahawa ia sedikit merunsingkan. Bacaan berkali-berkali masih tidak sepenuhnya merungkai rasa keliru.
Namun begitu, saya masih menagih janji kitaran alam - pengulangan berterusan atas sesuatu hal mampu membuatkan ia terpasak utuh dalam ruang minda. Atas keyakinan itu, saya akan meneruskan sesi telaah ini.
Kita harus teguh. Pendirian harus bermula daripada sikap. Andai kita percaya pengakhiran yang kita mahukan berjaya dicapai, mengapa tidak usaha ke arahnya kita teruskan meski tidak melihat hasil dalam waktu yang singkat.
Saya ingin mengucap selamat buat teman-teman yang akan bersama-sama di dewan peperiksaan kelak. Pertarungan dalam kedingingan pendingin hawa diharap mampu mengenyahkan peluh jantan yang bakal terbebas dari jiwa!

Langgan:
Catatan (Atom)